Wednesday, 22 June 2011
-- Myfriends2u - Laman sosial Malaysia Ganti Facebook
Laman sosial Myfriends2u.com telah dilancarkan (may 2010) oleh Kementerian Belia dan Sukan bagi memudahkan golongan belia mengetahui aktiviti yang bersesuaian mereka sertai. Menurut Datuk Ahmad Shabery Cheek, laman berkenaan juga akan menjadi platform atas talian bagi golongan belia untuk bertukar idea, menjengah peluang pekerjaan dan membina perniagaan sendiri. Selain itu, ia juga bertujuan meningkatkan kefahaman golongan belia mengenai kepentingan Internet dalam menguruskan aktiviti seharian.
Saya pun dah join, terasa macam Facebook je sebab boleh update status, share video, like status orang dan sebagainya. Mungkin satu hari nanti Myfriends2u.com mampu jadi sehebat Facebook. Harap-harap golongan belia dapat memanfaatkan laman sosial ini dengan sebaik-baiknya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment